Sukan Hari Ini

Lee Chong Wei hampiri kejuaraan

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan mara ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena, Copenhagen, Denmark, semalam.

Chong Wei yang memburu gelaran sulung kejohanan hanya memerlukan 33 minit untuk membenam wakil tuan rumah, Viktor Axelsen dengan kemenangan straight set 21-9, 21-7.

Pada pertemuan itu, Axelsen nyata bukan tandingan Chong Wei apabila tumpas set pertama dalam tempoh 16 minit.

Kemenangan itu turut menyaksikan Chong Wei melebarkan rekod kemenangannya ke atas Axelsen kepada 5-0.

Menanti Chong di pentas final nanti sama ada pemain Indonesia, Tommy Sugiarto atau pilihan kedua dari China, Chen Long.

Untuk rekod, tahun lalu Chong Wei sekadar muncul naib juara selepas dikecewakan Lin Dan di perlawanan akhir.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");