Sukan Hari Ini

Legenda bola sepak meninggal dunia

abdullah

Ipoh: Negara kehilangan seorang lagi legenda bola sepak, Abdullah Yeop Nordin, 75, yang meninggal dunia awal pagi semalam akibat masalah jantung.

Allahyarham Abdullah yang juga bekas ketua pasukan bola sepak kebangsaan dari 1969 sehingga 1971 menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.50 pagi ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Anak kedua Abdullah, Arneza, 48, berkata, bapanya mengalami masalah pernafasan selepas batuk ketika memeriksa kertas peperiksaan di meja makan di rumahnya di Taman Gerbang Bercham Selamat.

“Ibu dan adik bongsu berada di sampingnnya ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya.

“Pemergiannya mengejutkan kerana dia sihat, malah sempat menghadiri rumah terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) Khamis lalu,” katanya.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah bertugas sebagai Instruktur ko-kurikulum di UTP, Tronoh dan melatih pasukan bola sepak universiti itu selama 15 tahun.

Beliau pernah menjadi jurulatih pasukan Perak pada 1989 dan dilantik sebagai Pegawai Sukan di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebelum menyertai UTP.

Abdullah yang dilahirkan di daerah Perak Tengah pernah bermain di posisi pertahanan kanan ketika mewakili Perak sebelum berhijrah ke Selangor.

Abdullah meninggalkan seorang balu, Zoraida Kamaruzzaman, 71, serta lima orang anak dan 12 cucu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Tasek sebelum solat Zuhur semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");