Melaka: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
PM Selvarajoo, 58, dari Taman Tropicana Sentosa, Bukit Baru membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Ezwaney Husin sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah secara menyembunyikan nama dengan menaip surat yang menyatakan “Saya dapati bahawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor adalah dalang Kerajaan Malaysia” sehingga mendatangkan ketakutan kepada Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71.
Dia dituduh mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun selain.
-Metro
Komen & Pendapat