Jenayah

Ligat proses dadah

dadah

Johor Bahru: Satu mesin memproses pil khayal yang mampu menghasilkan kira-kira 7,000 biji dadah dalam masa sejam oleh satu sindiket pengedaran dadah, dirampas ketika polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bukit Jaya, Ulu tiram, dekat sini, Ahad lalu.

Mesin yang dipercayai diimport dari luar negara itu menjadi alat penting kepada sindiket berkenaan untuk menjalankan aktiviti mereka di makmal pemprosesan pil khayal terbabit.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan serbuan pada jam 7.20 malam itu.

Serbuan yang dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ketika sedang melakukan kerja pemprosesan dadah terbabit.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui dan merampas pil ecstasy seberat 2.2 kilogram (kg), serbuk ecstasy (21kg), kafien (22kg) serta beberapa peralatan memproses dadah termasuk sebuah mesin khas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pil ecstasy yang dirampas itu dianggar bernilai kira-kira RM370,000, manakala serbuk ecstasy pula dipercayai bernilai RM3.5 juta dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM3.8 juta.

Menurutnya, lelaki yang ditahan itu didapati mempunyai dua rekod kesalahan lampau yang juga berkaitan dengan kes dadah.

Katanya, ujian air kencing terhadapnya juga mendapati lelaki berkenaan positif dadah dan dia kini direman tujuh hari bermula kelmarin.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");