Membawang Hari Ini

Lynn pikul tugas berat

lynn

Memikul tang­gung­jawab sendirian mengendalikan majlis anugerah yang dipancarkan secara langsung selama tiga jam bukan mudah.

Namun, itulah cabaran bakal digalas pengacara berpe­ngalaman Lynn Lim, 39, yang terkenal menerusi program Eve’s Diary apabila dia diberi kepercayaan mengendalikan Golden Awards 2014.

Golden Awards 2014 adalah majlis anugerah yang mengiktiraf bakat-bakat tempatan dalam industri hiburan Cina Malaysia dan akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20 September ini menerusi ntv7.

Lynn ketika ditemui mengakui amat teruja dan kepercayaan ini satu penghormatan buatnya.

“Biasanya majlis anugerah seperti ini menampilkan dua pengacara. Bagaimanapun selepas beberapa tahun mengekalkan konsep seperti itu, ntv7 membawa kelainan dengan menampilkan se­orang pengacara saja.

“Muncul sebagai pe­n­gacara tunggal di acara ­berprestij itu nanti memerlukan saya melakukan ba­nyak persediaan sekurang-kurangnya mengenali calon lima terbaik.

“Selain itu, saya perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana dalam siaran langsung, apa saja boleh berlaku,” kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Lynn berkata, disebabkan durasi majlis itu selama tiga jam, ia turut disuntik dengan bentuk pengacaraan yang ringan dan menyeronokkan bagi mewujudkan atmosfera santai.

Bekas pemenang tempat kedua Ratu Cantik Malaysia 2000 yang sebelumnya bertugas sebagai pramugari itu mengakui dia begitu terharu memperoleh peluang mengendalikan sebuah acara besar selepas sekian lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen.

“Saya adalah pengacara terawal mengendalikan program Eve’s Diary. Beberapa tahun selepas ia bersiaran dengan menampilkan beberapa pengacara lain, program itu dihentikan dan kini selepas 10 tahun Eve’s Diary kembali di atas permintaan ramai.

“Sempena penjenamaan dan penerbitan semula program itu, ntv7 turut mengembalikan saya ke dalam program berkenaan sebagai pengacara.

“Tanpa disangka, kemunculan saya kembali bukan saja disambut baik apabila diberi kepercayaan mengendalikan Golden Awards bahkan satu lagi program kendalian saya iaitu 8 Mini Centuries turut dicalonkan menerusi kategori Rancangan Majalah Terbaik bersaing dengan lapan lagi program lain,” katanya.

Baki Zainal saingan sengit

Selain menjadi pengacara, Lynn sendiri turut dicalonkan dalam kategori Pengacara Program Majalah Terbaik menerusi dua program iaitu 8 Mini Centuries dan Eve’s Diary.

Dia bersaing dengan Baki Zainal (Step Forward), Cheryl Lee (8 Mini Centuries) dan Jan Chin (Listen To The World).

Lynn berkata, Baki yang juga satu-satu calon Melayu tunggal adalah saingannya yang paling sengit.

Menurutnya, Baki juga pengacara lelaki yang berjaya memboloskan dalam kategori berkenaan malah keupayaannya bertutur pelbagai bahasa dikagumi ramai.

“Dia sangat berbakat dan seorang yang ceria ketika mengendalikan sesuatu program. Saya memilih Baki bukan kerana yang lainnya tidak bagus tetapi kerana Baki satu-satunya peserta lelaki,” katanya sambil ketawa.

Menyentuh sedikit me­ngenai Golden Awards, mendahului pencalonan terting­gi bagi tahun ini adalah drama bersiri The Descendant yang menerima 12 pencalonan diikuti drama Mining Magnet dengan 11 pencalonan secara keseluruhan.

Drama ulang tahun khas ntv7 The Undercover pula berjaya mendapat 10 pencalonan.

Pencalonan­ Pelakon Lela­ki Terbaik menyaksikan pelakon Leslie Chai dan Frederick Lee tersenarai dengan dua pencalonan bagi dua drama berbeza. Manakala Debbie Goh dan Chris Tong turut bersaing di dalam kategori anugerah Pelakon Wanita Terbaik dengan tiga pencalonan masing-masing dalam kategori itu.

Pencalonan bukan saja dalam kategori drama, bahkan terbuka kepada kategori bukan drama di mana sejumlah 20 anugerah untuk kedua-dua kategori ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");