Membawang Hari Ini

Makin intim, Izreen belum sedia dinikahi Amar

ANGIN percintaan berderu laju menyapa pasangan pelakon sensasi, Izreen Azminda, 29, dan Amar Baharin, 29, yang kini dikatakan semakin intim sejak kebelakangan ini.

Tambahan pula digandingkan dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) menambahkan lagi keintiman dua pasangan sejoli ini. Foto yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan Instagram pelakon Izreen menguatkan lagi desas-desus itu.

Bagaimanapun, keintiman mereka kini menjadi buah mulut peminat industri hiburan tanah air kerana Izreen dikatakan kurang menghormati tempoh edahnya memandangkan dia baru sahaja bercerai pada 9 Jun lalu.

Berikutan daripada perceraian itu, sesetengah pihak mendakwa bahawa kononnya Amar merupakan penyebab kepada perceraian Izreen dan bekas suaminya, Muhamad Riza Baharuddin.

Mempunyai jawapan di sebalik kontroversi itu, Izreen memberitahu, hubungan dengan rakannya itu hanyalah sebagai teman biasa.

Namun, pelakon yang pernah membintangi drama Sesuci Cinta Sofia itu tidak menolak seandainya mempunyai jodoh memandangkan dia selesa bersama Amar yang diakui mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya dengan pelakon yang berasal daripada Kangar, Perlis itu.

Kosmo!: Boleh Izreen jelaskan mengenai status terkini hubungan anda dengan pelakon Amar Baharin? Ini kerana kebelakangan ini kalian banyak berkongsi gambar bersama, sekali gus membuat peminat berasa hubungan anda berdua semakin serius.

IZREEN: Alhamdulillah, setakat ini hubungan saya dengan dia semakin rapat. Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum terfikir untuk melangkah ke peringkat sete- rusnya memandangkan dengan keadaan saya baru sahaja bercerai dan saya ingin membetulkan diri saya dahulu. Setakat ini biarlah saya tumpukan sepenuh perhatian saya kepada kerjaya dan anak saya, Muhammad Adrian Umar yang kini menginjak usia setahun.

Apakah ciri-ciri Amar yang membuatkan anda selesa berkawan dengannya?

Dia merupakan seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat. Dia juga mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin keluarga yang baik. Di samping itu, saya suka caranya mengaturkan sesuatu perkara. Dia sentiasa mempunyai strategi dalam setiap apa yang dilakukan olehnya.

Adakah anda menerima jika dia merupakan jodoh anda?

Saya tidak pernah menolak jodoh dengan sesiapa pun, malah andai dia jodoh saya kelak saya terima dengan seadanya.

Sebenarnya, saya bukan tergesa-gesa untuk mempunyai jodoh baharu. Bagaimanapun, pada masa kini, saya inginkan seseorang lelaki yang mampu menjadi teman baik saya dan berkongsi masalah ketika suka dan duka.

Sesetengah pihak mendakwa kononnya Amar merupakan penyebab kepada kemusnahan rumah tangga anda bersama Reza sebelum ini. Boleh anda jelaskan?

Saya menolak sama sekali dakwaan itu. Hal ini kerana saya telah kenal Amar semenjak belum berkahwin lagi. Malah sewaktu itu, kami telah rapat. Jika saya menyukai dia, sudah tentu saya tidak akan berkahwin dengan bekas suami saya.

Bercakap mengenai anak, bagaimanakah hak penjagaan anak anda kini?

Kebanyakan masa dia bersama saya dan jika saya sibuk dengan penggambaran, ibu dan saudara saya akan bergilir-gilir menjaga anak saya. Hak penjagaan juga tidak menjadi masalah kepada saya dan bekas suami kerana dia boleh meluangkan masa dengan anak saya pada bila-bila masa jika dia mempunyai kelapangan.

Boleh anda ceritakan perkembangan karier seni anda sekarang?

Saya kini sedang sibuk menjalani penggambaran dua telemovie serentak iaitu Homestay Berhantu dan Tingkat Atas Tingkat Bawah. Saya juga masih mempunyai dua telemovie yang menanti iaitu Dalam Pelukan Bidadari dan Janin yang dijangka akan memulakan penggambaran pada akhir September depan. Saya mengambil keputusan untuk menjalani penggambaran tele- movie berbanding drama rantaian kerana ingin berehat setelah memberi komitmen secara terus menerus dalam KTAR.

– Kosmo!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");