Berita Hari Ini

Malaysia Sambut Baik Gencatan Senjata Israel-Palestin

anifah

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Palestin pada 26 Ogos, yang diusahakan Mesir sebagai orang tengah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia berharap perjanjian itu akan membolehkan Israel dan Palestin meneruskan rundingan secara langsung ke arah menjamin wujudnya keamanan berkekalan di rantau itu.

“Kami berharap gencatan senjata jangka panjang ini akan merintis jalan kepada rundingan bagi mencapai satu penyelesaian berkekalan terhadap sengketa Israel-Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Menurut Anifah, Malaysia sentiasa berpendapat keganasan bukanlah jawapan bagi apa jua konflik, sebaliknya keamanan hanya dapat dicapai melalui rundingan dan diplomasi.

Lebih 2,100 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, termasuk 495 kanak-kanak, terbunuh di Gaza akibat serangan Israel yang bermula 8 Julai.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");