Sukan Hari Ini

Mara ke separuh akhir

DEN13_290814_BADMINTON

Copenhagen (Denmark): Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia selepas menewaskan Wang Zhengming dari China 21-8, 21-11 di Ballerup Super Arena, sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir itu, Chong Wei tenang mengawal permainan terutama di set pertama.

Pemain nombor satu dunia itu meneruskan rentak cemerlang di set kedua dan hanya memerlukan masa selama 39 minit untuk menewaskan lawannya itu.

Kejayaan mara ke separuh akhir hari ini menyaksikan Chong Wei terus berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan dunia pertamanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");