Jenayah

Mayat seorang mangsa runtuhan konkrit MRT ditemui

foto ehsan twiter bomba

SHAH ALAM – Mayat salah seorang daripada mangsa runtuhan bahagian konkrit projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara ditemui kira-kira jam 2.34 pagi tadi.

Menurut laporan sebuah portal online, mangsa warga Bangladesh yang ditemui ialah Mohammad Elahi Hossain, 27.

“Operasi mencari dua lagi mayat masih dijalankan,” Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, dipetik sebagai berkata.

Dalam insiden jam 9.46 malam tadi, tiga pekerja projek berkenaan disyaki terperangkap dan tertimbus dalam runtuhan tersebut.

Berdasarkan laporan awal, kejadian itu melibatkan runtuhan blok konkrit di tapak pembinaan landasan MRT.

Dipetik Bernama, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corporation Amir Mahmood Razak berkata, mayat pertama mangsa kemalangan itu dibawa ke Hospital Sg Buloh untuk dibedah sisasat.

“Pada waktu kejadian empat pekerja warga Bangladesh sedang bertugas bagaimanapun seorang daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

“Pihak MRT akan menyiasat punca kejadian dan akan mengumumkan kepada orang ramai sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikuti prosedur dan akan mengambil tindakan susulan,” katanya. – Bernama

Foto Ihsan Twitter Jabatan Bomba & Penyelamat

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");