Perak Hari Ini

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Malim

Ketua Menteri Melaka yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Idris Haron hari ini merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Malim bagi tahun 2014.

IMG-20140817-WA0015

Berlangsung di Dewan Besar, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak, lebih 1,000 perwakilan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu yang diterajui Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya berkata Malaysia wajar meniru pendekatan Singapura yang mengamalkan sistem pendidikan satu aliran sahaja.

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan menghentikan sistem pendidikan sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil di negara ini.

“Negara jiran itu sudah mendahului dan melaksanakan sistem ini apabila republik itu bebas dari Malaysia dan di sana mini hanya Ada sekolah satu aliran,” katanya.

Bagi melaksanakan dasar satu aliran itu, kerajaan perlu menambah baik dan memperkukuhkan kurikulum Dan ko-kurikulum sekolah kebangsaan sedia ada bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan masyarakat di negara ini, katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");