Perak Hari Ini

MH17: Ahmad Husni, Sanak Keluarga Sambut Jenazah Noor Rahimmah

Jenazah penumpang pesawat MH17, Allahyarhamah Noor Rahimmah Mohd Noor tiba di kediaman keluarganya di Kampung Melayu Rizab Tambun, dekat Ipoh kira-kira jam 12.55 tengah hari tadi.

Turut mengiringi jenazah ialah suaminya, Hipo Litoner sebelum disambut oleh ahli keluarga dan sanak saudara.

Turut menyambut ketibaan jenazah, Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama Tambun selepas disembahyangkan.

Sembahyang jenazah turut dilakukan di kediaman keluarga Allahyarhamah yang diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohammad Ziad Zainal Abidin.

Allahyarhamah turut meninggalkan dua anak, Ann Rahimah, 29, dan Johan, 25.

Sebaik tiba, jenazah ditempatkan di ruang tamu selama kira-kira 20 minit sebelum disembahyangkan semula di Masjid Al Amin, Tambun.

Terdahulu, Ahmad Husni menyerahkan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa yang diwakili adik bongsu Allahyarhamah, Norlin Mohd Noor, 46.

Sementara itu, Norlin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan kepulangan jenazah kakaknya.

“Hari ini, perasaan sedih dan gembira bercampur baur kerana akhirnya kami dapat menyempurnakan majlis pengebumian kakak dengan sempurna selepas jasadnya dibawa pulang ke Malaysia,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");