Sukan Hari Ini

MHC harap bawa pulang emas

MHC

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) meletakkan harapan pasukan kebangsaan mampu melangkah ke perlawanan akhir dan membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan bulan depan.

Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pihaknya meletakkan sasaran itu sejak pasukan hoki kebangsaan dipimpin Paul Revington.

“Memang mengharap sangat, ini adalah sasaran utama kita buat pasukan kebangsaan bagi tahun ini yang mana kita sasarkan untuk mara ke perlawanan akhir dan meraih pingat emas.

“Memang dari awal lagi semasa Paul Revington (menjadi ketua jurulatih)..kita punya sasaran adalah Sukan Asia,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2014 di sini semalam.

Tengku Abdullah berkata, semua pemain diharap dapat bangkit dan membuktikan keupayaan sekali gus cuba merealisasikan sasaran ditetapkan iaitu meraih pingat emas.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");