Perak Hari Ini

MIC Perak Perlihat Perkembangan Positif

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan parti MIC khususnya di Perak berjaya menunjukkan perkembangan yang baik dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

“Kita telah bergerak bersama-sama sebagai satu pasukan yang baik dan mantap.

“MIC juga berjaya untuk bergerak seiring sebagai satu pasukan,” katanya.

Jelasnya lagi, kerjasama yang padu itu telah berjaya menarik lebih banyak sokongan daripada masyarakat India terhadap parti MIC.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu khas Konvensyen MIC Negeri Perak kali ke-68 di Ipoh, hari ini yang dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel.

“Sebagai salah satu komponen parti dalam Barisan Nasional (BN), kita perlu terus bergerak seiring untuk melihat kejayaan yang lebih jelas,” katanya.

Penekanan kepada dua aspek jelas Zambry lagi, cukup penting iaitu salah satunya dengan melakukan muhasabah diri dan menggelakkan daripada penafian tentang kepentingan diri atau ‘self denial’.

PERAK TODAY

Jelas Zambry lagi, ciri-ciri yang baik perlu dipupuk dalam setiap parti komponen supaya BN dapat bergerak dengan lebih berkeyakinan lagi.

“Kita perlu kembali kepada model kepimpinan iaitu pemimpin sebagai hamba atau‘servant leadership’ yang sangat penting,” katanya.

Ujarnya lagi, seorang pemimpin berkemungkinan akan dilingkungi dengan kehendak-kehendak diri dan ada sifat hamba iaitu memberi penerangan supaya permimpin terus berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat.

“Jika ada sifat itu, kita akan dapat memberi khidmat yang terbaik kepada semua rakyat,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan parti pembangkang yang menggunakan isu berkabung buat mangsa tragedi MH17 sebagai salah satu bahan politik untuk mengkritik kerajaan.

“Kenapa kita mengambil peluang seperti ini untuk membelasah kerajaan? soal beliau lagi.

Jelasnya lagi, kerjasama semua pihak diperlukan untuk membantu kerajaan dan tragedi yang menimpa negara tidak seharusnya dikaitkan dengan parti politik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");