Membawang Hari Ini

Mila Jirin, Sheera Iskandar pula bertudung

KIRI: Sheera, Mila Jirin:-

SYUKUR dan sejuk mata memandang bila tengok penyanyi kecil molek Mila Jirin yang sekarang memang dah bertudung litup. Kalau tak silap Diva, sejak bulan Ramadan. Makin sopan Mila sekarang, makin berjaya pulak tu dengan bisnes yang diceburi.

Seorang lagi artis yang baru Diva perasan bab tudung ialah Sheera Iskandar, anak dramatis Aznah Hamid. Sheera pun dah pakai tudung penuh rasanya. Mulanya Diva ingat Mila dan Sheera pakai tudung hanya untuk ke masjid atau menghormati majlis semasa bulan puasa sahaja, tapi berterusan sampai ke hari raya dan selepas raya. Alhamdulillah. Makin ramai artis kita bertudung sekarang, makin meriahlah juga rekaan fesyen islamik nanti.

Diva harap, kita semua bukan islamik luaran sahaja tapi hati dan perasaan sama sahaja. Jaga diri hiasi peribadi ya!

Diva: Teruskanlah mendoakan kesejahteraan buat keluarga dan mangsa MH17, MH370 serta saudara seagama di Gaza.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");