Membawang Hari Ini

Nabila sudah berubah?

“TIADA apa yang nak dikongsikan. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya minta maaf… sila bagi soalan lain,” itulah penjelasan yang diberikan Nabila tatkala diasak dengan pelbagai soalan mengenai kontroversi yang menimpanya baru-baru ini.

Jun lalu, kisah hidup Nabila sekali lagi menjadi perbualan hangat masyarakat tempatan apabila bapanya, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search melepaskan kemarahan terhadap dirinya.

Semuanya bermula apabila Amy mula hilang sabar dengan perlakuan Nabila yang memuat naik sekeping gambar percutian bersama teman lelakinya dengan kapsyen ‘Me and you’ di laman Instagram yang dianggap sebagai melampaui batas.

Lebih parah apabila rasa kemarahan bapanya itu turut dilemparkan dengan kata-kata kesat sehingga berlaku sedikit pertelingkahan antara dua beranak ini.

Bermula daripada kejadian itu, Nabila dilihat mula menyepikan diri dan mengambil keputusan memadamkan kesemua gambar di lnstagramnya.

Benarlah kata pepatah, air di cincang tidak akan putus, apatah lagi pertalian darah antara anak dan bapa.

Selepas beberapa ketika, persengketaan yang berlaku dipercayai telah pulih setelah foto mesra antara dua beranak ini ketika sambutan Aidilfitri dimuat naik oleh Amy dan Nabila sendiri menerusi akaun Instagram masing-masing.

Selain memuat naik foto, Amy sendiri turut meluahkan rasa syukur dengan mengatakan Nabila akhirnya telah kembali ke pangkuan selepas beberapa lama mereka tidak bertemu gara-gara kontroversi dan isu panas yang mengaitkan nama anak perempuannya sebelum ini.

Biarpun diasak pelbagai pertanyaan berhubung perkara itu, Nabila tetap mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Respons yang sama turut diberi Nabila apabila ditanya mengenai perhubungan cinta bersama teman lelakinya.

“Kehidupan sekarang? Alhamdulillah…,” tuturnya ringkas tatkala diajak berkongsi mengenai kehidupannya kini.

Ternyata pendiriannya yang memilih bersikap terbuka sebelum ini telah berubah.

Nabila kini lebih selesa berubah menjadi seorang yang sangat berahsia dan enggan lagi berkongsi apa-apa tentang perihal peribadinya kecuali tentang kerjaya lakonan sahaja.

Cabar diri jadi Saloma

Beralih pada perkembangan karier lakonannya yang terbaharu, ibu kepada seorang anak ini bakal muncul dengan filem biografi Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul ‘Saloma’ arahan Melissa Saila yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini.

Berkongsi cerita mengenai lakonannya, Nabila akui pada awalnya dia berasa takut untuk membawa tanggungjawab memegang watak Saloma kerana merasakan dirinya belum cukup layak.

“Sebelum terpilih untuk memegang watak Saloma, saya dipanggil untuk uji bakat. Tapi tidak sangka pula saya terpilih untuk pikul tanggungjawab membawa watak Saloma sendiri,” ujarnya.

Nabila memberitahu dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma sebagai persediaannya membawa watak itu.

“Selain mencari dan memahami perjalanan hidup Saloma di internet, saya cuba dapatkan nasihat daripada ahli keluarganya bagi memastikan saya menterjemahkan watak itu dengan baik.

“Walaupun kurang yakin, tapi bila sudah bersiap sedia dengan solekan dan kostum, secara bersahaja saya dapat menjiwai watak itu dan merasakan Saloma begitu dekat dengan diri saya,” katanya.

Selain Nabila, filem yang bakal ditayang menerusi Astro First Eksklusif, 28 Ogos ini menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P Ramlee, Azhan Rani (AR Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");