Laporan Eksklusif

Najib lancar Indeks Inovasi Korporat Kebangsaan

najib 1

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memperkenalkan Indeks Inovasi Korporat Kebangsaan (NCII) untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat korporat dan pemain utama bagi memacu ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, inisiatif penting itu ditugaskan kepada Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk melaksana objektif itu dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, NCII akan memberi maklumat komprehensif dalam bidang kritikal yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan tahap inovasi.

“Kerajaan meletakkan tanda aras tinggi dalam bidang inovasi bagi memastikan pembangunan ekonomi Malaysia terus kukuh untuk jangka masa panjang.

“Negara sudah mewujudkan dana khas, menyediakan insentif cukai dan menggalakkan program pembangunan kapasiti supaya masa depan inovasi terus berkekalan.

“Kita akan terus berusaha dengan mendapatkan maklum balas dari pemain industri termasuk pengurusan tertinggi syarikat peneraju inovasi yang mengambil bahagian membangunkan NCII, ” katanya selepas melancarkan Persidangan Inovasi Malaysia 2014 di sini hari ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");