Sukan Hari Ini

Newcastle beri penghormatan kepada peminat yang juga mangsa MH17

Britain Funeral

NEWCASTLE: Pengurus Newcastle United, Alan Pardew dan kapten pasukan, Fabricio Coloccini antara yang hadir bagi memberi penghormatan pada majlis pengebumian peminat kelab itu, Liam Sweeney, 28, yang terkorban dalam nahas tragedi penerbangan Malaysia, M17, semalam.

Sweeney dan rakannya, John Alder, 63, adalah dua peminat kelab itu yang menaiki penerbangan terbabit untuk menyaksikan perlawanan pra-musim Newcastle di New Zealand.

Sweeney adalah salah seorang daripada 10 mangsa dari England dalam tragedi MH17 dan menjadi mangsa pertama dari negara itu yang berjaya dikenal pasti.

Keluarga dan rakan Sweeney tiba di gereja St Mary’s Cathedral, Newcastle dengan suasana hiba dan sebelum majlis pengebumian, keluarganya turut menerima ucapan takziah peribadi daripada Putera Charles.

Ratusan peminat Newcastle turut hadir bagi memberi penghormatan termasuk Pengarah Urusan Newcastle, Lee Charnley dan pembantu pengurus, John Carver.

“Kamu tidak mengetahui betapa sedihnya kami rasakan untuk anda dan keluarga anda atas penderitaan berat ini dan berharap kami mempunyai kekuatan untuk bertahan,” kata bapa kepada Sweeney membaca petikan daripada surat Putera Charles.

Malaysia ketika ini sedang bersedia untuk menyambut ketibaan jenazah tragedi MH17 dijangka dilaksanakan antara jam 10.30 hingga 11.30 pagi ini.

Rakyat di seluruh negara diminta bertafakur dan berdoa secara serentak sebaik saja jenazah dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah. – AGENSI

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");