Membawang Hari Ini

Nur Farhan, Ahmad Rashdan nikah 10 Oktober

28farhan_cropped_transformed

Selepas enam tahun menyulam cinta dengan tempoh tunangan hampir tiga tahun, penyanyi yang lahir daripada program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Nur Farhan Azizan, 30, bakal menamatkan zaman bujang pada 10 Oktober depan.

Farhan akan diijab kabul bersama pilihan hati, Ahmad Rashdan Mohd Suhaimi, 30, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis persandingan pasangan ini akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Pengumuman itu melenyapkan spekulasi kononnya Farhan dan Ahmad Rashdan putus tunang. Pasangan ini mengikat tali pertunangan mereka pada 12 Februari 2012.

Farhan berkata, sepanjang bergelar tunangan orang, banyak dugaan dan halangan timbul selain kekangan masa serta komitmen seni.

“Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun setengah, kami berjaya menepis segala persoalan. Malah, kami semakin mengenali antara satu sama lain,” katanya pada sidang media, semalam.

Ahmad Rashdan bertugas sebagai pengarah pengurusan perniagaan di sebuah syarikat swasta.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");