Membawang Hari Ini

Nyanyian, lakonan fokus utama Daiyan

daiyan

Tidak keterlaluan dikatakan Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 21, bakal mencipta populariti dalam industri hiburan tanah air. Tanpa perlu melalui cabaran besar menyertai pertandingan nyanyian dan lakonan, pemegang Diploma Perakaunan dari Universiti institut Teknologi MARA (UiTM), Melaka ini bertuah kerana dilamar menjadi artis di bawah pengurusan Astro Talent & Management.

Berkebolehan bermain piano sejak berusia lapan tahun dan belajar bermain gitar sendiri menerusi Internet dan kawan-kawan pada usia 14 tahun, anak kedua daripada lima adik beradik ini juga mampu menyanyi dengan baik dan mempunyai pengikut hampir 200,000 menerusi medium YouTube.

“Ketika belajar piano di Yamaha Music sehingga usia 16 tahun, saya kerap didedahkan dengan konsert di depan khalayak ramai. Di situ ia dapat membina keyakinan setiap pelajar. Pada usia 16 tahun juga, saya mula bergiat aktif secara ‘indie’ dalam bidang seni.

“Saya ada saluran Myspace yang menjadi tempat memaparkan karya nyanyian saya. Dari situ saya banyak diundang terbabit dengan persembahan di karnival beli. Sebaik mencecah usia 19 tahun, langkah saya diperluaskan lagi menerusi medium YouTube pula.

“Saya sering menyanyi cover version lagu Inggeris seperti John Legend dan artis kita seperti Yuna dan Shila Amzah. Saya tak pilih menyanyikan lagu-lagu popular tapi sebaliknya lagu yang kena dengan cita rasa saya,” katanya ketika hadir ke Balai Berita baru-baru ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");