Sukan Hari Ini

Olimpik Remaja 2014: June Wei hidup peluang kontinjen negara raih pingat pertama di Nanjing

CHN04_200814_OLIMPIK_REMAJA

NANJING: Impian skuad badminton untuk menyumbang pingat pertama kontinjen negara di temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) hampir menjadi kenyataan menerusi gandingan beregu campuran antarabangsa yang akan beraksi pada perlawanan separuh akhir, malam ini.

Pada aksi suku akhir di Pusat Sukan Gymnasium Nanjing itu, pasangan beregu campuran yang diisi pemain negara, Cheam June Wei dan pasangannya Ng Tsz Yau dari Hong Kong menewaskan pasangan Lee Ying Ying (Malaysia/ Lu Chia Hung (Taiwan) dengan keputusan 21-16 dan 21-19.

Terdahulu pada perlawanan suku akhir individu lelaki, June Wei gagal ke separuh akhir selepas tewas dalam aksi tiga set 22-20, 18-21, 12-21 kepada pemain India, Joshi Aditiya.

Sekalipun gembira, June Wei mengakui agak terkilan kerana terpaksa mengalahkan rakan senegara, Lee bagi merebut slot ke separuh akhir beregu campuran.

“Lee bermain dengan baik dan beliau sudah melakukan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk menewaskan saya namun nasib lebih menyebelahi saya malam ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berjanji akan berusaha gigih esok bagi memastikan bahawa kem badminton negara menjadi penyumbang pingat pertama kepada kontinjen negara.

June Wei dan Tsz Yau dijadualkan menentang gandingan beregu Narongkit Mek dari Thailand dan Qin Jinjing dari China pada aksi separuh akhir. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");