Isu Panas

PAS Nafi Pelawa Abdul Khalid

ahmad yakob

PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menafikan kononnya PAS mempelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai parti itu selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu sebaliknya menjelaskan bahawa beliau menyerahkan perkara itu kepada Abdul Khalid sendiri untuk menentukan masa depannya.

“Itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia,” katanya ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai PAS berikutan beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebas.

Penjelasan itu dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berhubung laporan mStar Online pada Ahad bertajuk ‘PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian Parti’.

Selain itu menurut Mohd Asri, Ahmad turut menafikan laporan TV3 yang mendakwa Dewan Ulama PAS Pusat telah membincangkan mengenai urusan pemecatan Abdul Khalid.

“Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama telah membincangkan hal ini.

“Boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");