Sukan Hari Ini

Pasangan Syaffique-Mohd. Hafiz juara boling kidal sedunia

PARA pemenang karnival Tenpin Boling Kidal Sedunia bergambar kenangan selepas berakhirnya kejohanan tersebut di Mega Lanes, Petaling jaya hujung minggu lalu:-

PASANGAN Syaffique Ikhwan dan Mohd. Hafiz Zainuddin muncul juara Karnival Tenpin Boling SportsUnite Kidal Sedunia edisi ketujuh yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya hujung minggu lalu.

Pasangan tersebut melakukan 1,854 jatuhan pin dengan purata 231 dalam setiap permainan bagi membolehkan mereka bergelar juara.

Naib juara menjadi milik pasangan Dzulkifly Abd Rahman dan Abu Sufian Musa dengan 1,777 jatuhan pin manakala Ahmad Faizol Hamdan dan Asman Mat Zain menamatkan saingan di tempat ketiga dengan jumlah 1,773.

Dengan kejayaan tersebut, pasangan Syaffique dan Mohd. Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 serta barangan penaja.

Pasangan Dzulkifly dan Abu Sufian pula menerima RM1,500 selaku naib juara sementara pasangan yang menduduki tempat ketiga menerima RM1,000.

Hadiah-hadiah wang tunai turut diberikan kepada pasangan yang menduduki tempat keempat hingga kesepuluh yang menawarkan RM700 untuk pasangan yang menduduki tempat keempat, kelima (RM400) manakala pemenang tempat keenam hingga ke-10 masing-masingnya menerima RM200.

Buat pertama kalinya, anugerah istimewa turut disediakan kepada pemain kidal yang mencatat jatuhan pin tertinggi dan ia menjadi milik Syaffique, sekali gus membolehkannya menerima wang tunai RM1,000.

Syaffique melakukan 944 jatuhan pin dalam empat permainan yang diharunginya sepanjang karnival tersebut.

Catatan tersebut merupakan yang terbaik dan telah mencapai tahap catatan antarabangsa.

Karnival tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Sukan SportsUnited dengan kerjasama Sunway Mega Lanes, Milo, Majlis Sukan Negara (MSN) serta syarikat minuman isotonik, Revive adalah bagi meraikan Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 23 Ogos lalu di seluruh dunia.

Setakat ini, karnival tersebut merupakan satu-satunya karnival boling di dunia untuk pemain kidal sempena Hari Kidal Sedunia.

Sejumlah 54 tampil menyahut cabaran pada karnival tersebut dengan setiap pasangan perlu beraksi dalam empat permainan.

“Kami berharap dapat membantu melahirkan pemain berkualiti menerusi karnival tahunan ini yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” jelas Pengerusi SportsUnite, Datuk Dina Rizal.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");