Laporan Eksklusif

Pegang amanat ayah

pix_gal1

Ampang: “Ketika tragedi penerbangan MH370 berlaku Mac lalu, saya pernah terdetik untuk menukar profesion kerjaya, namun arwah ayah berpesan meneruskan tugas ini,” kata Sa’imah Baizura Mohamad Ghafar, 29, anak penyelia anak kapal pesawat MH17.

Dia berkata bapanya, Mohamad Ghafar Abu Bakar, 54, yang bertugas dengan Penerbangan Malaysia (MAS) memberinya semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai pramugari di Penerbangan Antarabangsa Singapura (SIA) Menurutnya, tugasnya itu akan dilakukan seperti biasa dan dia tidak akan berputus asa, malah akan meneruskan legasi ayahnya dalam bidang penerbangan.

“Ketika tragedi kehilangan pesawat MH370 berlaku, arwah ayah sering memberikan sokongan moral supaya tidak berhenti kerja dengan menyatakan ajal maut di tangan Allah SWT.

“Dia selalu memberitahu bahawa nisbah kemalangan di udara adalah sangat rendah berbanding kemalangan di darat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Mengimbau saat terakhir bersama ayahnya, Sa’imah menyatakan arwah seorang ayah yang penyayang dan sentiasa berada di sisi keluarga ketika diperlukan meskipun sibuk dengan tugas.

“Berikutan kami di dalam bidang sama, saya dan arwah ayah pernah menyusun jadual penerbangan ke Dubai, UAE beberapa tahun lalu untuk mendarat pada hari yang sama supaya kami dapat meluangkan masa bersama-sama.

Mohamad Ghafar adalah antara 298 kru dan penumpang pesawat Boeing 777 yang ditembak di Timur Ukraine ketika dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai lalu.

Selain Sa’imah, arwah turut meninggalkan isteri, Normi Abdullah, 54, anak lelaki, ‘Ammar Syarif, 25, dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU), Afi Hazim, 14.

Sementara itu, isteri arwah, Normi berkata dia sekeluarga memahami kesukaran dihadapi semua pihak termasuk kerajaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");