Jenayah

Peguam: Khalid perlu disiasat

perlu disiasat

KUALA LUMPUR – Seorang peguam membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menyifatkan kenyataan Khalid di sebuah blog kelmarin, sebagai mempunyai unsur hasutan yang boleh mengundang kebencian terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kenyataannya itu dilihat mempersoalkan kuasa perlembagaan yang diberikan kepada Sultan Selangor untuk melantik menteri besar.

“Kenyataannya itu boleh mendatangkan ancaman terhadap institusi raja berperlembagaan di Malaysia,” katanya.

Mohd Khairul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 11 pagi, semalam.

Menurutnya, Khalid perlu disiasat mengikut Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

“Institusi raja-raja Melayu adalah dijamin kedaulatan dan kemuliaannya menurut Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

“Oleh itu, cubaan untuk memperlekeh institusi beraja ini harus dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Mohd Khairul berkata, Khalid perlu bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat.

“Kita perlu melihat kesan daripada kenyataan yang disampaikan itu. Kenyataan itu dilihat berkecenderungan untuk menghasut, walaupun Khalid mendakwa kenyataannya diambil daripada sumber yang tidak ketahui,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");