Berita Hari Ini

Peguam Negara minta tanya polis

pguam ngara

SHAH ALAM – “Lebih baik tanya polis!”

Itu jawapan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya mengenai kenyataan beberapa pihak terutama Pemuda Umno yang mempersoalkan sikap berdiam dirinya berhubung kes menghina agama atau kaum di negara ini.

Jawapan ringkas itu diberi setelah beberapa kali panggilan kepadanya tidak dijawab.

Menurut Abdul Gani, beliau tidak akan memberikan jawapan lebih daripada itu.

“Saya tidak akan cakap apa-apa lagi, lebih baik awak tanya polis,” katanya tegas sebelum meletak telefon.

Semalam, beberapa pemimpin Pemuda Umno dalam kenyataan kepada Sinar Harian mempersoalkan sikap Peguam Negara yang mencetuskan keresahan dan tanda tanya hingga menimbulkan tanggapan seolah-olah berlaku pilih bulu dalam pendakwaan kes seumpama itu.

Ini berikutan tindakan segera yang diambil bagi kes melibatkan pelaku Melayu/Islam sebaliknya kes membabitkan bukan Melayu/ Islam, individu itu tidak pula didakwa.

Usaha mendapatkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak berjaya kerana beliau difahamkan berada di luar negara.

Timbalannya, Tan Sri Mohd Bakri Zinin yang dihubungi, berkata pihaknya masih meneliti beberapa perkara mengenai kes-kes berkenaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");