Jenayah

Pembantu rumah warga tempatan dicurah air panas

curah air panas

GEORGETOWN – Hanya kerana tidak mengemas rumah dengan baik, seorang pembantu rumah berusia 22 tahun disimbah air panas oleh majikannya.

Kejadian berlaku di sebuah apartmen di Air Itam dekat sini pada 20 Ogos lalu kira-kira jam 4.30 petang.

Akibat tindakan itu, mangsa merupakan wanita warga tempatan yang dipercayai masih bujang itu melecur di bahagian tangan, bahu, leher sehingga ke belakang badan.

Lebih malang, wanita Cina tempatan itu didakwa disimbah air panas oleh majikannya yang juga seorang wanita tempatan dalam keadaan tangan dan kakinya diikat.

Mangsa diperlakukan sedemikian kerana majikannya tidak berpuas hati dengan kerja-kerja mengemas rumah yang dilakukannya.

Malah, dia juga didakwa diikat hampir lima jam ketika kejadian dan hanya diberi plaster oleh majikannya untuk merawat kecederaan akibat simbahan air panas tersebut.

Bagaimanapun, mangsa difahamkan berjaya melarikan diri kelmarin selepas majikannya keluar bercuti di Genting Highlands bersama anak angkatnya berusia empat tahun sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan di apartmen tersebut menghantarnya ke hospital

Difahamkan mangsa kini mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan polis menerima satu laporan berhubung kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");