Isu Panas

Pemecatan Abdul Khalid ikut prosedur

kee kwong

PUTRAJAYA – Tindakan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR adalah mengikut prosedur dan tidak bercanggah dengan Seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata perkara itu juga tidak dipersoalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam pertemuan mereka hari ini berhubung dengan pemecatan Menteri Besar Selangor itu.

“Perkara itu tidak disentuh dalam pertemuan tadi dan pegawai ROS tidak mempertikaikan tindakan PKR memecat Tan Sri Khalid.

“ROS juga tidak menyentuh isu pendaftaran PKR yang mahu dibatalkan,” katanya kepada pemberita di lobi ROS, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Kwong menerima surat daripada Ketua Bahagian Penguatkuasaan ROS, Asisten Superintendan Akmal Yahaya menerusi faksimili yang meminta beliau hadir ke agensi kerajaan itu pada hari ini, berhubung pemecatan Abdul Khalid.

Dalam pada itu, aduan Abdul Khalid kepada ROS sebelum ini juga tidak timbul isu disebabkan beliau melalui peguamnya, Bon Edmund telah mengatakan beliau menerima pemecatan itu.

“Sudah tentu isu pemecatan Abdul Khalid mengikut prosedur, tidak timbul isu beliau dipecat,” ujarnya.

Pada pertemuan itu, beliau diminta menyerahkan komposisi Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat yang hadir ketika keputusan memecat Abdul Khalid dibuat pada 9 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Kwong berkata sebelum pemecatan Abdul Khalid, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah telah memberinya tempoh sehingga tiga minggu untuk menyelesaikannya dengan baik namun Abdul Khalid enggan bertemu dengannya.

“Presiden parti sendiri mahu berjumpa dengan Tan Sri Khalid di mana saja, pejabat PKR atau rumahnya di Segambut, namun Khalid hanya beri alasan tiada masa.s

“Malah sesi pendengaran Lembaga Disiplin pada 8 Ogos lalu pun dia kata tiada masa dan kami meneruskan sesi itu tanpanya pada 9 Ogos walaupun beliau meminta tarikh baru pada 15 Ogos,

Abdul Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu, selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan Menteri Besar Selangor dan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.

Walaupun Abdul Khalid menerima pemecatan itu namun beliau menganggapnya “cacat dan tidak sah”, dan berikrar untuk kekal sebagai Menteri Besar sehingga mendapat nasihat daripada Sultan Selangor.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");