Jenayah

Pemilik banglo kantoi curi air

kantoi

NILAI – Sebuah rumah banglo dua tingkat di Bandar Baru Nilai, di sini, diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) kerana disyaki mencuri bekalan air dengan membuat penyambungan paip haram.

Serbuan yang dibuat kira-kira jam 10.30 pagi semalam dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Span bersama Unit Penguatkuasaan Sains diketuai Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan Span, Mohadir Hid.

Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim berkata, ketika serbuan dilakukan, pihaknya mendapati penghuni banglo terbabit melakukan penyambungan tidak sah dengan menggunakan paip mudah lentur bersaiz 16mm.

“Siasatan kita mendapati, air yang diperoleh daripada penyambungan tidak sah itu digunakan untuk kegunaan penghuni banglo tersebut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, penguatkuasa Sains turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains.

“Span menyita paip mudah lentur tersebut sebagai bahan bukti dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, Sains akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan ke atas kegiatan curi air di seluruh negeri ini tanpa mengira kes sama ada melibatkan pengguna komersil mahupun domestik.

“Tindakan tegas ini merupakan salah satu langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil atau pun Non Revenue Water (NRW).

“Kami turut mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai sebarang kes kecurian air dengan menghubungi talian bebas tol Sains iaitu 1-800-88-6982 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");