Isu Panas

Penduduk Pengkalan Kubor tolak calon ‘import’

pengkalan kubor

TUMPAT – Siapa calon BN paling layak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor apabila penduduk kawasan itu menolak calon ‘import’?

Penyandang sebelum ini, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar juga dikategorikan calon ‘import’ tetapi beliau boleh diterima selama tiga penggal.

Noor Zahidi tinggal di Kampung Pasir Pekan, Tumpat, kawasan Menteri Besar Kelantan di Dun Pasir Pekan.

Jika rakyat mahukan calon anak jati kelahiran Pengkalan Kubor, siapa yang berwibawa mengalas legasi Allahyarham Noor Zahidi ini?

Perlu diingatkan, Allahyarham Noor Zahidi menang bergaya dengan majoriti 1,763 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary Ismail Bukhary dari Bebas.

Jika mengambil kira anak jati Pengkalan Kubor, Umno kekurangan calon yang mampu diketengahkan dalam misi mempertahankan Dun ini.

Bukan mempertikai kewibawaan calon terbabit tetapi diambil kira calon lawan sekiranya calon PKR bertanding dari kategori nama-nama besar dan popular seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Pilihan yang Umno ada untuk misi kali ini mungkin Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz; Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Yaakob.

Walaupun mereka anak jati Tumpat tetapi dianggap calon ‘import’ kerana bukan berasal dari Pengkalan Kubor.

Jika Razi Mat Ail selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Tumpat yang rakyat Pengkalan Kubor mahukan atas faktor calon tempatan tetapi beliau masih baharu dalam pentas politik ini.

Mohd Rosdi pernah menjadi Adun Wakaf Bharu pada 2004, tetapi kewibawaannya merosot setelah kalah dua penggal berturut-turut di Dun Wakaf Bharu pada 2008 dan 2013  ketika menentang calon Pas, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");