Jenayah

Penganjur masih belum serah diri

penganjur

Sukan bogel di Pulau Pinang

Georgetown: Polis meminta Chew Tok Hwa, 57, yang dipercayai penganjur pesta sukan bogel di Taman Negara Pulau Pinang, menyerah diri bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin, berkata Tok Hwa beralamat terakhir di 1722, Lorong Inai 6/1, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

“Sehingga kini usaha mengesan suspek masih dijalankan dan dia dipercayai masih berada dalam negara” Lai Fah Hin, Ketua Polis Daerah Barat Daya

“Daripada rakaman video berkenaan, polis percaya wanita itu orang penting dalam penganjuran pesta sukan bogel berkenaan. Sehingga kini usaha mengesan suspek masih dijalankan dan dia dipercayai masih berada dalam negara.

“Bagaimanapun, kita bekerjasama dengan pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen untuk menyekat mana-mana suspek daripada kalangan rakyat tempatan yang terbabit dalam kes berkenaan ke luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Guru bahasa Inggeris

Difahamkan, siasatan polis mendapati pekerjaan terakhir wanita itu ialah guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang, tetapi kini tidak bekerja dan usaha menjejaknya di Sungai Petani, gagal. Malah, sehingga petang semalam, tiada suspek yang menyerah diri untuk membantu siasatan.
Rabu lalu, polis mengenal pasti tujuh rakyat tempatan adalah antara 15 individu terbabit dalam pesta sukan bogel yang diadakan di Teluk Kampi, Teluk Bahang, berdekatan Taman Negara Pulau Pinang.

Rakaman video dalam tiga durasi berbeza, tersebar luas di laman sosial, turut memaparkan sekumpulan individu berbogel melakukan aktiviti melukis badan, menari serta mengadakan sukaneka di pantai berkenaan.

Khamis lalu, polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun, dipercayai peserta aktiviti terbabit di rumahnya di Bayan Lepas, di sini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");