Isu Panas

Pengkalan Kubor: PKR Kelantan jumpa Azmin di KL

PKR

SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir mengesahkan beliau akan menemui Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bagi membincangkan kerusi Dun Pengkalan Kubor di ibu negara, hari ini.

Ab Aziz yang dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi memberitahu beliau dalam perjalanan untuk menemui Mohamed Azmin bagi membentang potensi parti itu sama ada relevan untuk bertanding di kerusi berkenaan atau sebaliknya.

“Ya saya dalam ke Kuala Lumpur,” jawabnya ringkas.

Mohamed Azmin semalam memaklumkan yang beliau sudah pun menghubungi Ab Aziz untuk mendapatkan maklum balas mengenai analisis pilihan raya lalu dalam Parlimen Tumpat itu.

Beliau berkata, hasil perbincangan itu dengan pimpinan dan akar umbi PKR Kelantan kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat Majlis PR untuk tindakan lanjut.

Kerusi Dun N1 Pengakalan Kubor menjadi kosong apabila penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar dari BN meninggal dunia akibat kanser pada Rabu lalu.

Pada Sabtu, Pas menerusi Ketua Dewan Muslimatnya, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor diserahkan kembali kepada Pas setelah PKR gagal memenangi kerusi itu sejak dua penggal lalu.

PKR bertanding di kerusi tersebut dalam dua pilihan raya umum iaitu pada 2008 dan 2013.

Bagaimanapun kerusi sama yang pernah ditandingi Pas pada 1999 pula menang besar ke atas BN dengan majoriti 2,432 undi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");