Jenayah

Penjenayah tinggal treler gelung tembaga tepi jalan

gelung

Shah Alam: Sekumpulan lima penjenayah nekad mengikat dua pengawal keselamatan sebelum melarikan dua treler berisi 12 gelung tembaga dianggarkan bernilai RM1.7 juta dalam kejadian di Taman Perindustrian Subang Hi-Tech, di sini, awal pagi, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.30 pagi, sebuah treler yang dilarikan ditemui di tepi jalan di Sunway Kayangan, di sini, 11 kilometer dari tempat kejadian 30 minit selepas kejadian apabila suspek gagal mengawal kenderaan itu menyebabkan muatannya terjatuh.

Hasil pemeriksaan terhadap treler berkenaan, polis mengesahkan ia adalah satu daripada treler dilarikan lima suspek terbabit dan dipercayai ditinggalkan di kawasan berkenaan selepas menyedari kejadian itu disaksikan orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi sebelum membuat rondaan dan menemui treler berkenaan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

“Berdasarkan keadaan muatan treler berkenaan yang sudah terkeluar, kami percaya suspek gagal mengendali kenderaan itu sehingga memaksa mereka meninggalkannya di tepi jalan dan melarikan diri.

“Bagaimanapun sebuah lagi treler dan polis kini giat menjalankan siasatan termasuk mendapatkan cap jari daripada treler yang ditinggalkan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan keterangan daripada dua pengawal keselamatan yang diikat, semua suspek adalah lelaki berusia 20-an hingga 30-an .

Katanya, kedua-dua mangsa tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");