Jenayah

Peserta sukan bogel Pulau Pinang dihukum sebulan penjara, denda RM5,000

NEWS

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda RM5,000 terhadap enam peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang di Teluk Kampi, di sini.

Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan hukuman itu selepas enam daripada sepuluh individu mengaku bersalah dalam sesi pendakwaan hari ini.

Semua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama.

Terdahulu, Muhammad Najib menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Oktober ini terhadap empat tertuduh yang tidak mengaku salah.

Enam yang mengaku salah ialah Loh Kok Hong, Mu Wai Peng, Justin Ang Ji Heng, Yam Kam Hoong, Liord Loo Joo Hong dan R Nandakumar.

Empat yang lain ialah Chew Tok Hwa, Chan Chia Weng, Teh Guan Hoon dan Kong Meng Leong.

Pendakwaan dikendalikan oleh Datuk Razali Che Ani dan Edward Chan.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");