Sukan Hari Ini

Piala Super Sepanyol: Atletico ikat Real di Bernabeu, Ronaldo berdepan kecederaan

Real Madrid's Ronaldo receives instructions from his coach Carlo Ancelotti during their Spanish Super Cup first leg soccer match against Atletico Madrid in Madrid

MADRID: Penampilan sulung James Rodriguez di Santiago Bernabeu bersama Real Madrid tidak seindah diimpikan apabila sekadar seri 1-1 menentang Atletico Madrid yang turut menyaksikan Cristiano Ronaldo berdepan kecederaan pada pertembungan Piala Super Sepanyol, awal pagi tadi.

Beraksi selaku pemain gantian selepas menggantikan Ronaldo yang berdepan kecederaan kejang otot, Rodriguez meletakkan Real di depan pada minit ke-80 namun jaringan penyamaan Raul Garcia dua minit sebelum permainan tamat meranapkan impiannya untuk bergelar wira.

Keputusan itu menyaksikan Atletico membawa pulang bekalan jaringan gol pada pertembungan timbal balik kedua di Vicente Calderon pada awal pagi Sabtu namun ia tidak mencetus bimbang pengendali Real, Carlo Ancelotti yang yakin anak buahnya mampu bangkit selain menyifatkan kecederaan Ronaldo tidak serius.

“Dia (Ronaldo) mengalami kesakitan selepas babak pertama perlawanan dan dia tidak selesa. Kami akan menganalisa apa yang berlaku kepada dan melakukan ujian yang lengkap namun ia nampaknya tidak terlalu serius,” katanya.

Dan sekalipun dijangka berdepan laluan sukar di laman lawan, Ancelotti yakin pertembungan timbal balik akan memihak kepada pasukannya.

“Atletico mempunyai kelebihan yang kecil kerana kami perlu menjaringkan gol di Calderon. Kami mempunyai potensi untuk menjaringkan gol dan kami akan melakukannya. Jika kami mengulangi permainan yang kami tampilkan hari ini, kami akan memenangi Piala Super,” katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Atletico, Diego Simeone memuji kerja keras yang ditampilkan anak buahnya namun terkejut bintang Argentina, Angel di Maria tidak disenarai dalam kesebelasan utama Real yang menguatkan desas-desus dia akan berhijrah dari Sepanyol.

“Pada separuh masa pertama, sekalipun kami lebih banyak bertahan, kami masih memiliki tiga atau empat peluang untuk menjaringkan gol. Babak kedua juga lebih kurang sama, dengan peningkatan permainan mula ditunjukkan Real selepas kemasukan Di Maria.

“Ia logik kerana dia adalah pemain terbaik mereka miliki. Ia keputusan seri yang penting dan membenarkan kami peluang 50-50 untuk menjuarai trofi itu di laman sendiri,” katanya. – AFP

berita harian/foto-reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");