Isu Panas

PKR tetap namakan Wan Azizah calon tunggal MB

rafizi 3

SHAH ALAM – PKR hari ini menetapkan pendirian untuk hanya menamakan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh para pemimpin parti itu malah turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada pencalonan Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai calon Menteri Besar baharu namun Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor itu kemudiannya menarik diri.

Menurut Rafizi, penarikan diri Nik Nazmi disifatkan sebagai sokongan terbuka kepada pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal malah meminta mana-mana individu lain yang ingin menjadi calon dapat menghormati kesepakatan yang dicapai tersebut.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menyeru Adun dari PKR untuk menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak bagi jawatan Menteri Besar Selangor, sebagai menunjukkan sokongan terbuka kepada presiden parti.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan menamakan isterinya, Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau mahu semua pihak termasuk Pas menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

Sementara itu, Nik Nazmi hari ini menarik diri daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor baharu setelah diusulkan oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat baru-baru ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");