Jenayah

Pukul isteri rakan

pukul isteri rakan

AYER KEROH – Tindakan kejam seorang pemandu lori memukul isteri rakannya hingga menerima 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk dua tahun lalu berbalas apabila dia di penjara enam tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh KR Umanshankar, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas P Anjalai, 29, dengan menggunakan kayu cota hingga menyebabkan mangsa mendapat 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk tangan kiri.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Pisang Mas Jaya, Gadek, Alor Gajah kira-kira 4.45 pagi, pada 6 Ogos 2012.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Ahmad Sazali pada penghakimannya berkata, keterangan diberikan tertuduh juga mengesahkan dia berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh mangsa dicederakan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");