Jenayah

Rafizi mengaku tak salah aibkan ahli Umno

rafizi 2

PETALING JAYA – Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota Umno melalui kenyataannya dalam satu artikel Februari lepas.

Mohd Rafizi, 37, membuat pengakuan tidak bersalah itu di Mahkamah Sesyen di sini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 September untuk sebutan semula kes.

Mohd Rafizi, yang juga anggota Parlimen Pandan, didakwa dengan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan kepada anggota Umno melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’ yang boleh memecahkan keamanan awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara pada 11.40 pagi, 4 Februari lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Selangor Mohd Azari Harun manakala Mohd Rafizi diwakili peguam N.Surendran dan Eric Paulsen. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");