Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyempurnakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sambutan kemerdekaan ke-57 di Dataran Putrajaya di sini, sebentar tadi.
Program dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan tafakur buat mangsa nahas MH17 dan MH370 sebelum diikuti alunan lagu kemerdekaan tahun ini ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’ serta lagu ‘Warisan’.
Najib dalam ucapan perasmiannya berkata, kehibaan negara di atas nasib menimpa MH17 dan MH370 tidak bermakna patah semangat sebaliknya menaikkan bendera Jalur Gemilang setinggi mungkin.
Beliau berkata, upcara ini adalah simbol bahawa negara tidak berputus asa dengan apa cara dan nasib yang menimpa sekali pun.
“Upacara kibar jalur gemilang menandakan kita bersatu meskipun masih diselubungi tragedi malang menimpa MH17 dan MH370.
“Ini kehebatan rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu hati mengharungi cabaran samada ketika pilu dan sedih sebaliknya disambut dengan jiwa kental,” katanya.
Justeru, katanya, rakyat Malaysia diseru ikrar janji dan lunas tugas kepada bangsa, agama dan negara.
-Metro