Jenayah

Rayer mengaku tidak bersalah

rayer

GEORGETOWN – Adun Seri Delima, RSN Rayer mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebut kata-kata menghasut ketika perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan ceramah di Jalan Delima, Island Glades Jelutong di sini, Mei lepas.

Beliau juga mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan pilihan iaitu membangkitkan dan sengaja mengaibkan ahli-ahli Umno dengan kata-kata menghasut.

Rayer diwakili tiga peguam yang diketuai Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan S Raveentharan.

Turut hadir, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");