Sukan Hari Ini

Roma inginkan Jovetic

roma

NAIB juara Serie A musim lalu, AS Roma dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Manchester City, Stevan Jovetic, musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu, baru sahaja berpindah ke saingan Liga Perdana Inggeris pada musim panas lalu.

Ketika mewakili Fiorentina, Jovetic antara pemain terbaik kelabnya namun sayang sekali gagal menyerlah pada kempen di England dan kerap memanaskan bangku simpanan.

Difahamkan, komposisi penyerang The Citizens tetap tidak berubah dan bintang asal Montenegro menjadi pilihan keempat City selepas Sergio Aguero, Edin Dzeko dan Alvaro Negredo.

Begitu pun, pada perlawanan pramusim, beliau kerap diberi kesempatan beraksi oleh Manuel Pellegrini kerana Aguero belum cergas 100 peratuis dan Negredo juga masih dilanda kecederaan.

Menurut laporan Daily Mirror, Roma akan mencuba untuk menggoda Jovetic dan bakal mengemukakan tawaran kepada City minggu ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");