Jenayah

Rumah jadi stor pakaian tiruan diserbu KPDNKK

brangan tiruan

CHERAS –  Sebuah rumah di sini, yang dijadikan sebagai stor penyimpanan barangan tiruan sejak setahun lalu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya, semalam.

Pemilik rumah berusia 30-an itu dipercayai menjadikan rumahnya sebagai tempat menyimpan pakaian tiruan sebelum diedarkan kepada peniaga pasar malam dengan harga lebih murah kira-kira RM10 hingga RM15 untuk sehelai jersi.

Dalam serbuan pada jam 12.30 tengah hari itu, seramai lapan anggota dari KPDNKK Putrajaya merampas sebanyak 8,000 helai jersi dan seluar sukan pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM60,000.

Ketua Operasinya, Ahmad Puat Abdul Hamid berkata, serbuan yang dilakukan berdasarkan maklumat awam dan risikan selama seminggu.

“Kita percaya barangan yang diperoleh individu tersebut diambil secara borong dari China, sebelum disimpan di rumah terbabit bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Barangan tiruan itu kemudian dijual kepada peniaga di sekitar Lembah Klang dan Batu Pahat, Johor,” katanya.

Ahmad Puat berkata, pihaknya akan mengambil butiran pemilik rumah terbabit untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");