Jenayah

Salah wajah mirip ayah

razman

Kuala Lumpur: “Saya tak tahu apa salah saya sehingga emak begitu membenci dan membuang saya sejak kecil hingga sekarang biarpun saya sudah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.”

Demikian keluhan pemuda malang mahu dikenali sebagai Razman, 20, yang pernah mengalami pengalaman pahit didera ibu sendiri ketika kecil hanya kerana rupa parasnya seiras bapanya.

Menurutnya, selepas ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dia tinggal bersama ibu dan ketika itu bermula episod hitam di dalam hidupnya apabila ibunya selalu memukulnya biarpun hanya melakukan kesalahan kecil.

“Saya dilabel ibu sebagai anak sial dan dia sering meluahkan sesalan kerana tidak membunuh saya ketika saya masih bayi. Kadangkala, saya tak buat salahpun ibu akan rotan saya,” katanya.

Razman berkata, malah sehingga kini ibunya masih tidak mahu mengaku diirinya sebagai anak dan akan menghalaunya setiap kali dia menziarahi wanita itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");