Berita Hari Ini

Sasar 20% graduan berniaga

kelab UM

Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasarkan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada jumlah pelajarnya yang tamat pengajian setiap tahun terbabit dalam bidang perniagaan.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berkata, setiap tahun UMK berjaya melahirkan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus pelajar terbabit dalam perniagaan.

Katanya, ia sebahagian daripada usaha universiti menyahut seruan kejayaan yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berpendapatan tinggi.

“Sebab itu kita menggalakkan pelajar yang tidak mahu menjalani latihan industri (LI) supaya mewujudkan perniagaan sendiri dan mereka akan diberi lapan kredit seperti mereka yang mengikuti LI.

“Tidak mustahil suatu hari nanti kita mampu melahirkan usahawan muda bertaraf jutawan dalam beberapa tahun akan datang,” katanya ketika ditemui Harian Metro baru-baru ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh pengajian semua pelajar wajib mengambil empat kursus keusahawanan bagi mendidik mereka cintakan bidang ini dan bukannya hanya ‘makan gaji’ selepas menamatkan pengajian.

Katanya, setiap pelajar yang menjalankan perniagaan akan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Universiti (SSU) yang akan dibimbing oleh pensyarah untuk membantu mereka memajukan perniagaan.

Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");