Jenayah

Semua 8 ditahan

motorsikal

Shah Alam: Sepasang suami isteri yang juga pengamal perubatan mengalami detik cemas selepas rumah mereka disamun empat lelaki dalam kejadian di Taman Sahabat, Tanjung Karang, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun cedera ringan manakala suaminya parah kerana ditetak selepas empat lelaki termasuk seorang daripada mereka bersenjatakan parang memecah masuk rumah mereka.

Difahamkan, kumpulan lelaki terbabit memasuki rumah mangsa melalui tingkap bilik belakang yang diumpil sebelum melarikan barang kemas, telefon bimbit, jam tangan serta sejumlah wang tunai dan kerugian dianggar RM4,500.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Rahim Jaafar berkata, susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor menjalankan risikan dan menahan seorang suspek berumur 19 tahun di Kampung Seri Indah, Sungai Buloh, jam 1.30 pagi, semalam.

“Kira-kira lapan jam selepas tangkapan suspek pertama, polis menahan enam lagi suspek termasuk seorang wanita berumur antara 19 dan 22 tahun di Kota Malim Prima dekat Tanjung Malim, Perak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Menurutnya, susulan dua tangkapan itu, seorang lagi suspek yang juga ahli kumpulan berumur 20 tahun ditahan di tepi Jalan Besar Kampung Melayu Sungai Buloh.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");