Laporan Eksklusif

Senarai kumpulan ketiga jenazah mangsa Isnin ini

JOHOR BAHRU – Senarai nama kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 akan dikeluarkan Isnin ini selepas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempengerusikan mesyuarat koordinasi yang melibatkan 10 kementerian.

Beliau berkata, beberapa pengesahan harus dibuat dengan jawatankuasa terlibat termasuk permintaan pihak keluarga yang tidak mahu terlibat dalam istiadat penghormatan.

Hishammuddin berkata, kumpulan ketiga kali ini lebih besar daripada kumpulan kedua yang akan diberi penghormatan sama dan bakal disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

“Semua ini bukan mudah kita nak uruskannya. Itu sebab bila ada pihak yang cuba mempertikaikannya dan cuba buat perbandingan dengan insiden-insiden lain khususnya di Lahad Datu, saya yakin bahawa keluarga, anggota Angkatan Tentera Malaysia, mereka yang berada di syarikat Malaysia Airlines sendiri, maklum balas yang kita terima rata-rata cukup menghargai penghormatan yang kita berikan.

“Cuma ada pihak yang tertentu menangguk di air yang keruh, apatah lagi nak menangguk di air yang jernih dengan keadaan sebegini rupa. Ini amat menyedihkan tetapi kita akan terus lakukan apa yang kita mampu,” kata beliau.

Pada Khamis, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing.

Sehingga kini, 24 jenazah mangsa MH17 telah dibawa pulang ke tanah air.

Pada kejadian 17 Julai itu, Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Sejumlah 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");