Isu Panas

Sidang media PKR kecoh

sidang media kecoh

PETALING JAYA – Sidang media di ibu pejabat PKR kecoh gara-gara satu kenyataan yang diedarkan atas nama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

Kenyataan yang diedar bertajuk ‘MPN Selangor Cadang Dua Nama Untuk Selesai Kemelut MB’ itu jelas bertentangan dengan sidang media yang sedang berlangsung ketika itu.

Sidang media yang dikendalikan wakil-wakil Adun Selangor dan wakil-wakil cabang PKR itu menyebut tentang sokongan mereka terhadap cadangan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurut kenyataan yang disebar itu, MPN Selangor menghormati sokongan beberapa pimpinan kepada Wan Azizah namun berpendirian PKR harus membenarkan seorang lagi nama diangkat iaitu Mohamed Azmin Ali.

Gara-gara percanggahan itu, semua media bangkit untuk meminta penjelasan daripada Adun Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang mengetuai sidang media tersebut.

Pada awalnya beliau dan wakil-wakil lain enggan memberi sebarang kenyataan namun selepas sidang media selesai, pihak media berjaya mendapatkan kenyataan daripada Zuraidah.

“Pihak kami tidak keluarkan kenyataan itu dan kami tidak tahu (siapa yang edar).

“Tapi kami akan siasat perkara ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");