Sukan Hari Ini

Soon Huat tak gentar

soon huat

Kuala Lumpur: Goh Soon Huat sudah bersedia menggalas tugas acara berpasukan pada temasya Sukan Asia di Incheon bermula 19 September sekali gus berpeluang membuktikan dia sememangnya pilihan terbaik.

Meskipun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara rasmi belum memutuskan senarai nama ke Sukan Asia, Soon Huat hampir pasti terpilih selepas aksi hambar Liew Daren pada temasya Sukan Komanwel hingga menyaksikan ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek secara terbuka menyatakan enggan memilih pemain itu lagi.

Soon Huat berkata, dia kemungkinan besar ke Sukan Asia bersama seorang lagi rakan seangkatan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

“Sudah tentu setiap pemain mahu beraksi di tahap lebih tinggi, begitu juga saya.

“Peluang ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman luas, saya percaya mampu membuktikan sesuatu,” katanya.

Jelas Soon Huat, pengalaman ketika beraksi di Piala Thomas lalu membantunya untuk berdepan tugasan di Sukan Asia.

“Walaupun saya hanya beraksi sekali saja pada Piala Thomas, banyak yang saya pelajari di sana.

“Saya lihat bagaimana gigihnya Datuk Lee Chong Wei serta Chong Wei Feng pada sesi latihan dan sikap itu menjadi kunci kecemerlangan mereka berdua,” katanya.

Pada temasya Sukan Asia, skuad negara mendapat bye di pusingan awal dan bakal bertemu sama ada Macau atau Mongolia di suku akhir.

Dijangka mudah menewaskan dua lawan itu, Malaysia bagaimanapun dijangka bakal bertemu China pada aksi separuh akhir.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");