Isu Panas

Sultan: PR perlu kemuka lebih dua nama

mb khalid 1

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar pimpinan Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid yang membacakan kenyataan media daripada istana itu berkata, perkara itu bagi memudahkan Tuanku menentukan calon yang berkelayakan sebelum dilantik ke jawatan berkenaan.

“Sultan Selangor mencadangkan lebih daripada dua nama itu dalam PR bagi memudahkan tuanku menentukan calon yang berkelayakan.

“Seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikir layak sebagai menteri besar,” ujar Abdul Khalid pada sidang media di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Khalid hari ini bertindak menyembah maklum kepada Sultan Selangor untuk meletakkan jawatannya sebagai menteri besar setelah beliau dilaporkan hilang kepercayaan lebih 30 Adun di negeri ini.

Sultan Selangor bagaimanapun menangguhkan permohonan peletakan jawatan Abdul Khalid sehingga pelantikan penggantinya ditentukan.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditanya sama ada kriteria Menteri Besar Selangor yang baharu turut dibincangkan sewaktu beliau menghadap Tuanku, ini jawapan beliau.

“Kriteria anak jati Selangor dan jantina (wanita) sebagai Menteri Besar baharu tidak dibincangkan pada pertemuan dengan Tuanku petang tadi.

“Malah calon PR sebelum ini, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu pun tidak disentuh oleh Tuanku,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid menambah, meskipun DAP tidak mempunyai calon yang beragama Islam dan Melayu, namun parti itu boleh memberi nama untuk dicalonkan kepada Sultan Selangor.

“Dalam pengalaman saya pada penggal lalu, DAP telah mencalonkan saya sebagai Menteri Besar Selangor dan ia telah ditandatangani (disokong) oleh beberapa pemimpin DAP yang lain.

“Yang penting bagi calon Menteri Besar itu ialah mereka mestilah datang daripada Adun Selangor,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");