Perak Hari Ini

Sunway Group Agih 100,000 Paket Makanan Untuk Golongan Tidak Berkemampuan

Kira-kira 100,000 paket makanan akan diagih-agihkan kepada golongan masyarakat yang tidak berkemampuan di beberapa negeri antaranya Perak dan Selangor menerusi kempen ‘Stop Hunger Now’ yang dijayakan oleh Sunway Group.

Hari ini, lebih 200 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Sunway Group telah menyertai program membungkus makanan yang diterajui oleh jawatankuasa ‘Leading With Passion 3.0’.

Menurut pengerusi program itu, Bernard Paul, sukarelawan akan membungkus beberapa jenis makanan untuk diedarkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan masyarakat Orang Asli.

PERAK TODAY 6

“Sukarelawan telah membungkus kira-kira 100,000 paket makanan yang diisi dengan beras, sayuran, soya, perisa makanan serta 21 biji vitamin yang akan diedarkan ke beberapa buah negeri.

“Paket makanan yang telah siap dibungkus akan dihantar ke empat perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands yang membabitkan kira-kira 450 penduduk,” katanya lagi.

Beliau berkata, program itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah projek CARE iaitu untuk mendekati dan membantu golongan yang tidak berkemampuan di negara ini.

“Usaha ini dilakukan bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-40 Sunway Group yang sentiasa prihatin dengan nasib golongan tersebut,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan program Stop The Hunger di Hotel Sunway Lost World of Tambun, dekat Ipoh, hari ini.

“Inisiatif program dilancarkan di Ipoh dan merupakan hentian ketiga yang membabitkan penyertaan kakitangan Lost World of Tambun (hotel dan taman tema), ‘The Banjaran Hotsprings Retreat’, Kolej Sunway Ipoh dan Kumpulan Keselamatan dan Pembahagian Hartanah Sunway City Ipoh,” katanya lagi.

Beliau berkata lagi, program itu mampu menanam semangat setiakawan selain berpeluang mendekatkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");