Berita Hari Ini

Surface Pro 3 tiba di Malaysia

surface pro

Kuala Lumpur: Malaysia antara 28 negara yang menerima versi ketiga Microsoft Surface Pro hari ini selepas ia dilancarkan Jun lalu di pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan Kanada.

Negara lain yang menerima Surface Pro 3 termasuk Hong Kong, Perancis, Ireland, Itali, Korea Selatan, Belanda, Singapura New Zealand, Luxembourg, Jerman, Norway, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand dan United Kingdom.

Surface Pro 3 mula dijual hari ini pada harga bermula RM2,729 yang menggunakan pemprosesan Intel Core i3 hingga i7.

Ia menawarkan prestasi dan kuasa yang mengagumkan selain 30 peratus lebih nipis berbanding MacBook Air 11 inci.

Peranti yang hanya seberat 800g dan mempunyai tahap kenipisan 9.1mm ini dilengkapi skrin 12 inci HD penuh dengan format paparan 2160 x 1440 piksel.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");